Tentang Pemilik

My photo
Kemaman, Terengganu, Malaysia
Lone Ranger

Jan 9, 2011

Citer Lawak :P

Citer 1Suami: Kenapa sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang...
Suami: Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..



Citer 2
Ader la sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma untuk rumah orang-orang tua. Sorang budak pun membuka pintu.
Budak: Derma apa bang?
Lelaki: Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak: Nanti jap, saya ambikkan atuk saya.
Lelaki: ???


Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid: Mengapa?
Siti: Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid: Ok, tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak. Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti: Erkkkkkk... Benci!!!



Citer 4
3 orang menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, "Tak muat dah Tok. Kami dah bertiga!"



Citer 5Seorang Tok Batin baru membeli motosikal Honda dan kebetulan dalam perjalanan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan, kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja, lalu bertanyalah kawannya itu:
Kawan Tok Batin: Kenapak kamu hanyak pakai gear 1 sahajak.
Tok Batin: Kalau rosak 1 gear adak 2 lagik gear.
Kawan Tok Batin: ???


Citer 6
Seorang posmen datang menghantar surat.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
"Ni rumah Encik Sameon ke?"
"Ya saya."
"Pening kepala saya mencari alamat rumah Encik ni...."
"Buat susah aje Encik ni! Apasal tak pos aje?"



Citer 7
Kisah orang asli dan polis.
Orang Asli: Selamat pagi, tuan.
Polis: Selamat pagi. Apa hal.
Orang Asli: Saya nak buat repot, tuan.
Polis: Pasal apa tu?
Orang Asli: Kawan saya dibaham harimau.
Polis: Pukul berapa?
Orang Asli: Dia tak pukul, terkam.
Polis: Habis?
Orang Asli: Tak habis, tinggal kepala.



Citer 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu", jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah
lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca", kata lelaki itu dengan riang.



Citer 9Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"



Citer 10
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba-tiba diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yang ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

No comments:

Post a Comment